26 November 2008

KEMALANGAN PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabaspun belum ada teknologi untuk masalah ini.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Diapun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya

22 October 2008

nasib ku yg malang

entah la...apa yg malang ...semlm aku g servis kereta..dh la berjam2 tgu duk usha2 kwn duk repair kereta...tuka minyak itam,spark plug,tuka moulting enjin..kt situ dh perabis dkt 200.
so balik la....aku baik punya parking kt garage...

nak d jaidk kn citer....duk mengatal aku lepak dlm kereta duk dengar bunyi enjim..silap aku...mmg silap..maybe dh letih sgt kot...aku buka pintu..kaki kanan kuar..pintu terbuka..tah mcm mana aku x pasan gaer masih dlm reverse!!! cis...hampeh! boleh laks aku terpijak pedal minyak..apa lagi...terundur la kereta aku...dgn selamba menhentam tiang besi garage aku yg padu tu....kedeeeeboom....rabak pinti kereta aku...nk tutup pon x boleh...malang2 malang...
x psl2 buang duit nk ketuk...ketukl murah jek...tp nk cat semula...perghhhh..mahal siut..rm 45o...mana aku nk cakau time ni....sabar dululaa..

uhuh....nasib la...aweks aku bgi suport...klu x macamana aku nak handle..
thx pada syg aku...mekasih sgt......... :)

syg ku tiada kata yg dpt ku ucap kan....melain kan terima kasih kerna menyintai aku.......

love u...parapara.

16 October 2008

ogos11

Suka berlawak. --kat aku jer..asyik aku jer yang terkena --hahahahaha lawak nya..
Mudah tertawan padanya. --mg,susah nak jaga -- yeke susah?
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. --ngan org lain ganaz jer..heheh --ngn laki aku ganaz ler..hehe
Berani dan tidak tahu takut. --bolehlaa --bolelaa? baper ramai mamat nk kena belasah nasib awak larang..heheh
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. --umm sbb tuu aku tak leh degil2 --hehe.org politik la...hehehe
Pandai memujuk orang lain. --mana ader reti..aku majuk kena cool sendiri --uhuh mmg pon..tp pujuk gak kan...kejap pon ok kan..
Terlalu pemurah & bersikap ego. --rasa cam taknak terus kasi org..ego tuu standardlaa. --mmg la pemurah, ishh x ego la..
Nilai harga diri yang sangat tinggi. --btol2 --yups betulll...
Dahagakan pujian. --aku puji lagi kena marah..hahha.. --puji apa kelas x dpt apa pon hehhe
Semangat juang yang luar biasa. --berjuang untuk cinta kami..wek..=P -- berjuang demi aweks n negara..
Cepat marah & mudah mengamuk. --dulu yer..skg dah tak dah.. --berubah sebab awak..:)
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. --takder dah perangai tuu -- betul la dh x der..
Sangat cemburu. --tak sgt..tlg laa cemburu lebh skit --heheh
Pemerhatian yang tajam & teliti. --teliti laa sgt --mmg la teliti,nk kena bebel lagi ke?
Cepat berfikir. --spantas kilat --yes dats me parapara
Fikiran yang berdikari. --dah tua kena laa berdikari --makin tua makin berisi..heheh
Suka memimpin & dipimpin. --dipimpin oleh aku..n memimpin aku ke jalan yg benar.. --insyallah sama2 kita pimpin k.
Sifat suka berangan. --takderlaa..tipu ni..berangan? ermm berangan jadik kaya kot..haha
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. --seni?? jgn harap -- cisss!! lukis pandai hiburan pandai tau, silat? erm yg duk blasah org tu kira silat la..seni gak kan...hehe
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. --bukan dia tapi aku..hehhe -- mmg la..asik2 majuk jek keje awak...
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. --agak bleh diterimalaa --tp kn klu sakit nk makan jek...hahaha
Belajar untuk bertenang. --sedang belajar laa tuu..ish..cool baby!!
Sikap kelam kabut. --ishk kan tgh blajar relax -- mana der kelam kabut..teliti ler..
Romantik, pengasih dan penyayang. --ini sememangnya dia -- yesss dats me ur parapara
Suka mencari kawan --memang dia sker..tapi aku tak kasi..especially kwn pempuan --berkawan biar ramai bercinta ngn awak jek...bole kan?

compatible or not Disember and Ogos?? YES DEFINITELY.. ^_^ -- YES CORRECT CORRECT
CORRECT CORRECT CORRECT CORRECT CORRECT CORRECT CORRECT CORRECT .......

07 October 2008


Akan kutunggumu biar seribu tahun lamanya dengan harapan kau akan membawaku terbang ke destinasi cinta abadi milik kita berdua.

Kehadiran cintamu menyinari hidupku, kehangatan cintamu menyuntik rasa penuh makna kerana hanya kau kekasih ku.

Di kala diri dihanyut gelombang asmara, aku menggapai tangan mu lalu ku genggam erat. Kuasa cinta kian dirasa, kau pimpin aku ke alam baru penuh pesona penuh keindahan.
Inilah cinta…cinta ini persis bunga kian menerbitkan kelopak-kelopak indah dan mewangi harum.

cinta lagi..

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.

Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.

Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu dan akan menerima dirimu seadanya. Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.

Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan. Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh.

Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya, saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.

Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing.

Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan. Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa dan jangan sekali-kali melepaskannya cinta sejati.